Felix Entertainment

 


A Tribute To The Legend
www.p-ramlee.com

FelixEntertainmentDotCom Production

Koleksi
P Ramlee

Laman Web


 
Post Articles, Photos, Translations, Comments, Suggestions and Questions?
Main Page
Music CD
Music VCD
Video CD
Documentary
Music
Movie
Merchandise
Media
Advertise

 

Title: Koleksi P Ramlee
Author: Zaedi Zolkafli
Publisher: Felix Entertainment
Year: First print 2011 / Second print 2012
No. Page: 122 (including cover)
ISBN: 978-967-10012-0-2

'Koleksi P Ramlee'
 

 

Koleksi P. Ramlee

 
Laman Web

Artikel

Muzium Siber P. Ramlee dilancarkan pada 22 Mac 1998 sempena ulang tahun ke-25 pemergian P. Ramlee. Ia telah dirasmikan oleh mantan Ketua Setiausaha Negara Ahmad Sarji Abdul Hamid dalam satu festival memperingati P. Ramlee yang telah berlangsung di Kuala Lumpur.

Laman web ini merupakan satu penghormatan kepada bintang legenda P. Ramlee sebagai pelakon, penyanyi, pelawak, pencipta lagu, penulis skrip dan pengarah filem. Mengandungi bermacam informasi tentang hasil karya seni dan peristiwa penting sepanjang kerjaya P. Ramlee. Terdapat juga koleksi gambar kenangan P. Ramlee serta rakan-rakan seperjuangan di zaman kegemilangan filem Melayu. Ia boleh dilayari di www.p-ramlee.com

Objektif

1. Menjadi sumber rujukan paling komprehensif di WWW tentang ikon industri perfileman dan muzik Melayu.

Laman web ini dibina dalam bentuk inforia untuk pelawat semua peringkat umur dan bermacam latar belakang. Ia mendapat sambutan baik daripada berbagai bangsa. Kini menjadi sumber rujukan utama buat para peminat, projek sekolah, pengkajian institusi tinggi, kertas kerja akademik, penggiat seni dan pengkaji filem. Isi laman web turut dipetik oleh akhbar dan penerbitan asing tentang P. Ramlee.

2. Mempromosi hasil karya seni P. Ramlee ke peringkat global.

Bangsa asing boleh mengetahui lebih mendalam tentang P. Ramlee dan juga zaman kegemilangan filem Melayu melalui Internet. Laman web ini menerima respon positif tentang P. Ramlee dan industri filem tempatan daripada bukan Melayu. Buktinya, banyak pesanan VCD untuk filem Melayu klasik telah diterima dari Indonesia, Australia, Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

3. Menjana pembangunan perisian lelaman web tempatan untuk pasaran Asia dan global.

Muzium Siber P. Ramlee telah hadir di peringkat global dari 1998. Laman web ini disediakan dalam bahasa Inggeris sebagai aliran utama Internet dan mengekalkan istilah penting dalam Bahasa Melayu. Ia salah satu portal inforia terbesar yang mempaparkan perisian buat-di-Asia.

4. Satu inisiatif jaringan global bagi peminat dan pengkaji P. Ramlee.

Laman web ini mempunyai The P. Ramlee International Fans' Club. Kelab maya ini sudah ada keahlian berbagai bangsa dan bermacam latar belakang di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka boleh berkongsi dan berbincang tentang karya seni P. Ramlee melalui forum interaktif secara online.

5. Memperkayakan karya seni peninggalan P. Ramlee untuk generasi akan datang.

Muzium Siber P. Ramlee mengandungi kompilasi lengkap hasil karya seni P. Ramlee. Di masa depan pelawat juga boleh mendapat bahan filem, muzik dan pelbagai hiburan dalam bentuk video dan audio daripada pemilik hakcipta karya P. Ramlee pada bila masa dan di mana sahaja secara online.

Apabila laman web ini siap sepenuhnya akan mempunyai empat bahagian utama:

Infotainment: Inforia tentang P. Ramlee, hasil karya seni, rakan-rakan seperjuangan dan juga zaman kegemilangan filem Melayu. Ini disajikan dalam format teks dan grafik menarik.

Interactive: Interaksi sesama peminat P. Ramlee secara online. Merangkumi e-mail daripada peminat, penghormatan, undian, komen, ulasan, artikel, berita, trivia, kemuskilan, pertolongan dan bilik chat. Juga, tajaan korporat untuk kuiz, peraduan, hadiah dan acara P. Ramlee.

Merchandise: Koleksi P. Ramlee seperti kaset, CD, VCD, DVD, piring hitam, majalah, buku, poster, setem, cenderamata dan produk filem terbitan Malay Film Productions, Merdeka Studio Productions dan Cathay Keris Film melalui e-dagang.

Entertainment on-demand: Kemudahan muat turun dalam bentuk MP3 (seperti lagu, minus one, nada dering) dan web streaming (seperti video muzik, karaoke, dokumentari, filem) daripada pemilik hakcipta karya P. Ramlee.

 

72

 


 

Koleksi P. Ramlee

 

Muzium Siber P. Ramlee sedia bekerjasama dengan semua penggiat seni, pengedar, pengeluar dan pemilik hakcipta karya P. Ramlee dalam aktiviti yang berkaitan seperti pembangunan perisian, penganjuran acara, promosi produk, kempen iklan, muat turun perisian dan e-dagang barangan secara berkumpulan. Ia sebagai portal Internet untuk produk dan perisian P. Ramlee ke pasaran global.

Pelawat laman web ini pasti senang dengan konsep mesra pengguna. Ia juga menguasai penggunaan cross linkage yang menjadi ciri utama Internet. Terdapat sekitar seribu pautan untuk ke bahan-bahan rujukan dan gambar-gambar dalam webpage. Jumlah ini antara yang paling terbanyak dalam lelaman di WWW.

Satu kelainan laman web ini ialah menghindari amalan biasa kebanyakan pembina web tempatan. Sebaliknya, ambil pendekatan yang lebih praktik. Misalnya, tak pakai flash player yang memakan masa lama untuk muat turun. Ini supaya bahan rujukan yang begitu banyak boleh dapat secepat mungkin. Juga tak ada butang-butang dan grafik berlebihan yang mengisi ruang komputer kita. Lebih diutamakan ialah pembangunan perisian yang menarik.

Muzium Siber P. Ramlee sudah ada lebih daripada 700 webpage. Rancangan masa depan ingin membangunkan inforia untuk kesemua 401 lagu dan 66 filem yang dihasilkan P. Ramlee. Setiap webpage lagu akan mengandungi lirik, trivia, kredit lagu, nota muzik dan klip audio. Manakala bagi filem P. Ramlee terdapat sinopsis, trivia, poster, kredit filem dan klip video. Ia akan menjadi bahan rujukan untuk pengkajian akademik dan penggiat seni tanah air.

Bila siap nanti laman web ini mengandungi lebih 1,000 webpage. Jumlah perisian yang ada tentang P. Ramlee dapat mengatasi sabarang lelaman web untuk bintang-bintang popular Hollywood seperti Elvis Presley. Ini meIayakkan Muzium Siber P. Ramlee masuk Guinness' Book of World Records sebagai 'The Largest Homepage Tribute To Any Performing Artist That Ever Lived'. Satu cara memperkenalkan P. Ramlee dan industri filem Melayu ke peringkat global guna teknologi maklumat dan komunikasi.

Malangnya, inisiatif membangunkan Muzium Siber P. Ramlee tidak mendapat sokongan Arkib Negara Malaysia yang menyimpan bahan P. Ramlee. Dari awal lagi, dua surat berserta kertas cadangan kepada Ketua Pengarah pada 1997 tidak terbalas. Sebaliknya seorang pengarah jabatan yang dapat dihubungi telefon memberi jawapan, "You baru pakai lampin waktu P. Ramlee lagi hidup!" Namun begitu laman web ini diteruskan tanpa bantuan sesiapa.

Agensi pembangunan multimedia memberi geran sebanyak puluhan ribu hingga berjuta ringgit kepada 52 projek (setakat 2002) yang membangunkan perisian jaringan sesama komuniti untuk Internet. Tetapi cadangan membina jaringan P. Ramlee yang bersifat 'heterogenous' (berbagai latar belakang) di peringkat global telah ditolak. Alasan diberi ialah projek ini "specific to only one musician/actor". Walhal P. Ramlee sebagai ikon bagi industri perfileman dan muzik Melayu mempunyai perisian yang unik dapat menjana perbahasan di peringkat global tentang kemajuan industri perisian tempatan.

Begitu juga kertas cadangan untuk Muzium Siber P. Ramlee kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui e-mail pada 2005 tidak terjawab. Mungkin agaknya terlalu sibuk untuk membalas semua e-mail daripada orang tak dikenali. Ataupun, merasa tidak perlu diadakan laman web P. Ramlee kerana sudah cukup dengan majlis sambutan ulang tahun sebagai memperingati jasanya.

 

P Rankee Cyber Museum

 
Muzium Siber P. Ramlee ialah satu 'private initiative' oleh Zaedi Zolkafli. Dia adalah peminat P. Ramlee dari semasa bersekolah dan telah membuat kajian ke atas kerjaya Seniman Agung ini selama lebih sepuluh tahun. Tugasnya selaku pengasas laman web adalah mengurus bahan rujukan, merancang pembangunan perisian dan mengelolakan banyak aktiviti The P. Ramlee International Fans' Club secara online.

 

73

 


Page 2 | 72 | 115 | 116 | ALL


Book Synopsis | Book Cover | Book Stores | Book Review | Buy Book

Also available in
BOOK VIDEO | BOOK AUDIO

Other Books



Join The P Ramlee Fans' Club!

A friendly forum discussing P Ramlee's works and contemporary music and movies.
Share personal tribute, comment, review, article, update, trivia, etc. with fans alike...

Register to win music CDs, boardgame sets and promo giveaway from FelixEntertainmentDotCom.
 

Post Your Tribute To P Ramlee / Read Fans' Tributes To P Ramlee

Main Page | Music CD | Music VCD | Video CD | Documentary | Music | Movie | Merchandise | Media | Advertise

Other website
FelixEntertainmentDotCom