Felix Entertainment

 


A Tribute To The Legend
www.p-ramlee.com

FelixEntertainmentDotCom Production

Koleksi
P Ramlee

Introduksi


 
Post Articles, Photos, Translations, Comments, Suggestions and Questions?
Main Page
Music CD
Music VCD
Video CD
Documentary
Music
Movie
Merchandise
Media
Advertise

 

Title: Koleksi P Ramlee
Author: Zaedi Zolkafli
Publisher: Felix Entertainment
Year: First print 2011 / Second print 2012
No. Page: 122 (including cover)
ISBN: 978-967-10012-0-2

'Koleksi P Ramlee'
 

 

Koleksi P. Ramlee

 
Introduksi
Oleh Zaedi Zolkafli

Saya terpanggil untuk menulis buku ini yang diberi nama Koleksi P. Ramlee setelah beberapa tahun menyelenggarakan laman web Muzium Siber P. Ramlee (dikenali sebagai The P. Ramlee Cyber Museum). Laman web ini yang dilancarkan pada 22 Mac 1998 adalah satu penghormatan kepada bintang legenda P. Ramlee sebagai pelakon, penyanyi, pelawak, pencipta lagu, penulis skrip dan pengarah filem. Mengandungi bermacam informasi tentang hasil karya seni dan peristiwa penting sepanjang kerjaya P. Ramlee. Ia boleh dilayari di www.p-ramlee.com.

Koleksi P. Ramlee adalah kesinambungan dalam usaha saya mengumpul dan berkongsi informasi berkenaan P. Ramlee. Kandungan buku ini disediakan berbentuk majalah supaya kelihatan menarik kepada pembaca semua peringkat umur dan bermacam latar belakang. Ia menjadi satu bahan rujukan paling komprehensif tentang lagu-lagu dan filem-filem yang telah dihasilkannya.

Buku ini turut muatkan bermacam artikel yang mengupas hasil karya seni, peristiwa penting dan perjuangan P. Ramlee sebagai seniman. Artikel yang disediakan adalah daripada kajian mendalam selama lebih sepuluh tahun. Ia mahu berikan perspektif yang berlainan dengan melihat semula rahsia kejayaan dan sebab kegagalan P. Ramlee sepanjang kerjayanya. Namun peristiwa lampau yang diungkit bukan bertujuan memburukkan pihak tertentu.

Agenda utama cuba dibentang ialah cabaran pihak berwajib dalam memperkayakan perisian P. Ramlee ke arah pendemokrasian hak kita sebagai pencinta seni. Ramai yang tidak tahu banyak filem P. Ramlee yang terus dipantau, digunting dan digam walaupun sudah meninggal dunia lebih 30 tahun. Semoga idea proaktif dan saranan membina dapat menjana perbahasan terbuka demi masa depan khazanah seni tanah air di era globalisasi.

Bagaimanapun bukanlah bertujuan mengajak semua supaya 'makan P. Ramlee, minum P. Ramlee, tidur P. Ramlee'. Memang banyak lagi keperluan dalam seharian kita. Mungkin ada pihak merasa cukup diadakan acara ulang tahun P. Ramlee yang dirasmikan oleh tetamu kehormat. Sedangkan bagi orang Melayu kebanyakan tersangat mengenang jasa P. Ramlee kerana dapat menikmati hasil ciptaannya di layar pawagam, corong radio, kaca TV, majlis perkahwinan hingga sambutan Aidilfitri.

Fakta dalam buku ini telah diteliti dengan mendalam daripada berbagai bahan P. Ramlee termasuk buku, majalah, akhbar, poster, lagu, filem, dokumentari, Pustaka Peringatan P. Ramlee dan temubual. Saya cuba perkemas kesemua fakta, samada penting ataupun trivia, supaya tepat, konsisten dan tidak mengelirukan. Ia merangkumi tiga aspek penting iaitu:

i) Tarikh sesuatu peristiwa

Terdapat tarikh sesuatu peristiwa yang hilang atau bercanggah dalam beberapa bahan rujukan. Maka terpaksalah soroti kejadian yang berkaitan supaya dapat ditentukan tarikh sebenar peristiwa penting. Jika tarikhnya yang hilang harus pula diambil tahun berlaku kejadian mengikut kronologi peristiwa.

ii) Nama orang dan sebagainya

Terkadang sukar mendapat nama orang dengan tepat kerana perbezaan ejaan dalam bermacam bahan rujukan. Mungkin ini disebabkan oleh pertukaran ejaan dalam Jawi kepada tulisan Rumi. Maka timbul berbagai ejaan untuk sesuatu nama contohnya, 'Hafsah' atau 'Habsah', dan 'Yusof' atau 'Yusoff'. Sama seperti singkatan 'M.', 'Md.' dan 'Mohd.' untuk nama Muhamad. Bagi kes sebegini saya akan pilih ejaan nama yang kerap digunakan.

Bagaimanapun 'Bin' dan 'Binti' dalam nama orang Melayu tidak digunakan kerana jarang dipakai. Begitu juga panggilan darjah kebesaran negara pada sesuatu orang seperti Dato', Tan Sri, dsb.nya. Ini supaya tidak mengelirukan pembaca, khususnya peminat dan pengkaji filem Melayu dari luar negara. Manakala judul bagi filem dan lagu Melayu klasik kekal dalam ejaan lama asal bukan bertukar kepada ejaan baru. Perkara dalam perkataan Inggeris seperti nama organisasi dan anugerah antarabangsa tidak diterjemah ke bahasa Melayu untuk mengelak daripada kesilapan.

iii) Catatan tentang peristiwa

Catatan kejadian yang berlaku terkadang bercanggah atau kurang tepat terdapat dalam bahan rujukan yang digunakan. Sesuatu fakta yang boleh timbulkan keraguan namun dianggap penting maka disertakan sumber petikan. Buku ini turut muatkan gambar-gambar yang relevan tentang sesuatu peristiwa bersejarah buat tatapan pembaca.

Objektif buku ini dapat menjadi bahan rujukan tentang P. Ramlee yang lengkap. Diharapkan sajian buku ini dapat memberi kepuasan kepada semua samada peminat filem Melayu, penggiat seni tanah air dan pengkaji akademik. Buku edisi Inggeris akan disusuli di masa terdekat sebagai satu lagi usaha mempromosi P. Ramlee ke peringkat global.

 

2

 


Page 2 | 72 | 115 | 116 | ALL


Book Synopsis | Book Cover | Book Stores | Book Review | Buy Book

Also available in
BOOK VIDEO | BOOK AUDIO

Other Books



Join The P Ramlee Fans' Club!

A friendly forum discussing P Ramlee's works and contemporary music and movies.
Share personal tribute, comment, review, article, update, trivia, etc. with fans alike...

Register to win music CDs, boardgame sets and promo giveaway from FelixEntertainmentDotCom.
 

Post Your Tribute To P Ramlee / Read Fans' Tributes To P Ramlee

Main Page | Music CD | Music VCD | Video CD | Documentary | Music | Movie | Merchandise | Media | Advertise

Other website
FelixEntertainmentDotCom